Tentang Syarikat

Utama / Tentang Kami

Profil A.Z. Tipper Enterprise

A.Z. TIPPER ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 04 Januari 2021. Secara dasarnya, tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menembusi pasaran industri pembinaan bangunan serta kejuruteraan awam di Malaysia.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga pemegang lesen kontraktor kelas G1 yang berdaftar dengan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kebanyakan pelanggan A.Z. TIPPER ENTERPRISE adalah daripada pihak individu atau pihak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur dari pelbagai agensi termasuk awam dan swasta.

Pihak A.Z. TIPPER ENTERPRISE berharap agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia secara aktif. Dengan penubuhan syarikat ini, tenaga kerja dan perniagaan yang kompetitif akan dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kerja yang sistematik, dinamik dan progresif.

Berdaftar SSM (04 Jan 2021)
Kontraktor CIDB Kelas G1
Berdaftar Kementerian Kewangan (MOF)

Visi Kami

"Menjadi pembekal bahan binaan dari kuari yang paling dipercayai dalam membina bangunan dan infrastruktur yang lebih baik."

Misi Kami

"Kami membekalkan bahan berkualiti dan memastikan penghantaran yang boleh dipercayai untuk membantu pelanggan melakukan pembinaan dengan lebih pantas, lebih selamat dan lebih mampan."

Objektif Syarikat

Memastikan penghantaran dan pengumpulan bahan tepat pada masanya.

Mengoptimumkan perancangan laluan, penjadualan muatan dan penggunaan kenderaan untuk meminimumkan kos bahan api dan masa henti.

Mengekalkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan penyelenggaraan proaktif, penjejakan masa nyata (real time tracking) dan proses pemuatan / pemunggahan yang cekap.

Mematuhi semua peraturan keselamatan jalan raya dan tempat kerja (waktu pemandu, piawaian kenderaan, keselamatan muatan).

Menyediakan komunikasi yang jelas, sebut harga yang tepat dan penjejakan yang telus untuk pelanggan.

Melaksanakan perkhidmatan yang berkesan dengan prestasi yang konsisten, fleksibiliti dan sokongan responsif serta mengembangkan jangkauan pasaran melalui penetapan harga yang kompetitif dan penawaran produk yang berkualiti.

Carta Organisasi Syarikat

Pengarah
A.Z. Tipper Enterprise
Pengurus Sumber Manusia
Admin Pejabat
Admin Akaun
Pengurus Operasi
Pemandu Lori
Pekerja Workshop
AZ Cooling & Electrical Services
Kerani
Juruteknik
Pekerja Tapak

Lampiran & Sijil Pendaftaran

Sijil Pendaftaran SSM
Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB
Sijil Pendaftaran MOF
Lesen / Kebenaran Khas

Rakan Binaan & Klien Kami

Kepercayaan yang diberikan oleh pelbagai sektor swasta & kerajaan dalam projek berimpak tinggi.

S.K. WAWASAN SDN. BHD.

Kerja: Kerja-kerja Pembentungan dan Infrastruktur

Tempat Projek: Tapak Projek Data Center Sedenak

Pembekalan: 20mm Aggregates & Pasir Kasar

CR CABLE (M) SDN. BHD.

Kerja: Kerja-kerja Pemasangan Kabel TNB dan Infrastruktur

Tempat Projek: Gelang Patah

Pembekalan: Pasir Kasar & Crusher Run

BUMI SKALA SDN. BHD.

Kerja: Kerja-kerja Pembinaan Lebuhraya

Tempat Projek: Masai, Pasir Gudang

Pembekalan: Boom Rock 6X

SUNWAY CONSTRUCTION

Projek Utama:

  • Data Center Sedenak
  • Data Center Jalan Kempas Lama
  • Data Center Eco Botanic
  • Data Center Gelang Patah